aku baru tahu something. something yang paling buat aku terasa hati. something yang aku tak boleh nak kawal lagi. something yang bagi aku sedih sekali.
tapi apa boleh buat.
kau kata kau dah buang satu rasa dengan semua yang berbaki ni. tapi sekarang apa dah jadi? apa yang kau rasa sebenarnya hati? jujur dengan diri kau sendiri. yang sebenarnya hati kau masih sayang dia lagi. kau cakap je kau tak nak dia tapi kalau setiap kali nama dia sebut kenapa kau sentap sangat
kadang kadang aku tak tahu. kenapa aku dipertemukan dengan dia. aku tak tahu kenapa masa tu dia yang aku pilih. sedangkan yang sebetulnya ada depan mata. tapi dia jugak yang aku mahu. dan kenapa dia tipu aku. kenapa sekarang dia langsung tak kisah apa yang aku rasa. sikit pun dia tak kisah apa aku rasa.
ya Allah, aku bersyukur sangat sebab waktu tu aku takda di tempat tu..jadinya aku tak perlu lihat semua itu. terima kasih ya Allah..
kalau ya pun awak bercinta dan tersangat bahagia. tak perlu awak menayang depan saya untuk tunjuk awak lah paling bahagia. bahagia sungguh dengan dia. memang, dia langsung tak bersalah. tapi yang salahnya awak. puncanya awak. saya hormat apa awak rasa. awak tipu saya Z. jangan cakap kat semua orang yang awak tak pernah mulakan. dan saya juga tak pernah mulakan. jadinya bagaimana semua ni bermula? fikir lah balik. kalau saya boleh respect apa awak rasa, saya biarkan awak pergi walaupun jenuh berkali saya ditipu. saya tetap disini tanpa ada perasaan benci dan marah untuk awak. saya hormat segalanya. dan kalau benar pun awak tersangat gembira dan paling bahagia. makanya awak lah paling bertuah sebab walaupun dah puas menyakiti awak tetap disitu bahagia mencintai dan menyayangi. dan walaupun saya yang menjadi mangsa. awak tetap bahagia dan tak hormat apa saya rasa. sepatutnya awak fikir lah dulu. apa awak rasa kalau awak kat tempat saya?? saya tak marah sebab awak dah pergi. saya juga tak marah sebab dah ditipu sebab benda tu dah terjadi. tapi..perlu ke bawak dia yang awak puja ke tempat yang awak sendiri tahu memang saya akan ada disitu? untuk apa agaknya? untuk bagitau saya yang saya ni bodoh sebab suka awak? bodoh sebab biarkan diri diperbodohkan oleh awak? syukurlah sebab saya takda disitu pada masa tu. Allah dah aturkan segalanya dengan cukup sempurna..cukuplah menunjuk apa yang awak ada selama ni. cukuplah dengan apa yang saya dah kena. harap saya takkan bertemu awak dengan dia lagi.
No comments:
Post a Comment