Welcome To My Blog

Welcome To My Blog

my last goodbye

we had a lot of fun when we were together
i won't forget but i will remember
the laughs that we shared
the smiles that we had
it didn't fade from my mind
but it kept on rewind

i know you've moved on
and found someone better
but i got to admit i still wish for you

this isn't good for me
i really need to stop
but the memories kept on playing my mind
and there it went wrong

so as i say my last goodbye
i hope you will be alright
and i'm trying my best to learn to just let go.



untuk Aku

tolong hapuskan semua perasaan ini secepat mungkin.
tolongg hapuskan semua kenangan yang paling aku sayang dengan sepantas yang mungkin.
tolong perlihara diri ini dengan sebaik mungkin agar tak terfikir mengenai dia lagi.
tolong buang ingatan ini ke tepi dan jangan diingatkan lagi.
tolongggg....
monolog dalaman

duduk di penjuru katil. diam memerhati.
baring. tarik selimut pusing kiri pusing kanan.
habis semua game aku dah khatam dalam handphone ni.
nak tengok gambar dia, nanti perasaan sedih ni yang datang lagi.
tak sanggup nak layan perasaan sendiri. 

bagaimana lagi nak tolong kalau kau sendiri yang taknak bergerak langsung ni?
aku dah bergerak ni. kau tak nampak ke? aku dah nak tinggalkan apa yang aku harapkan ni.
sebab aku tau takkan terjadinya lagi perkara yang aku inginkan itu sebab dia dah tak ada untuk aku cerita apa yang aku rasa. aku nak cerita tapi dia takkan ada di situ. sebab sekarang antara aku dan dia dah takkan timbul kisah cerita tentang kita. kenangan semua dah mati. rindu pun dan tak mampu nak bayangkan lagi. nak fikir apa yang dah jadi dah penat berulang kali aku terasa sendiri. pendam sendiri.

someday



setiap hari aku berharap agar suatu hari nanti dia akan tahu macam mana aku rasa. dan baca semua yang aku tulis tentang dia ni tanpa mengetahui bahawa aku yang menulisnya. dia tak boleh tahu coretan ini semua dari aku sebab aku tak berani jamin yang aku sanggup dengar ayat yang akan keluar dari mulut dia..mungkin akan menyakitkan lagi..sebab bila aku rindu, ini yang aku mampu buat untuk hilangkan segala rasa perasaan yang bersisa ni. cerita pasal ni sepatutnya dah basi dan tak perlu diperkatakan lagi. tapi kalau dah rasa macam ni baru kali pertama kau rasai. bolehkah kau lupakan semudah kau petik hari sekali? bolehkah kau pergi bergerak sendiri tanpa mengingati? duduk diam menyendiri dan tetap mengingati

rindu

setelah mengenangkan beberapa bulan yang lalu aku dah buang masa aku dengan melayan angau yang entah apa apa. 
dan sehingga sekarang aku masih tak dapat lupakan dia. 
dan walau macam mana sekalipun aku cuba sedaya dan upaya aku untuk pura pura tak pernah ada perasaan untuk dia.
aku tetap di paras yang sama. di tahap sama. sedih itu selalu. bodoh pun sama.

aku dah cuba hiburkan hati dengan cara tersendiri. tapi kenapa setiap kali aku berhenti aku akan stuck dengan kenangan yang pernah terjadi antara kami.
aku rindu kau. aku rindu kau untuk aku dengar gelak tawa cerita tentang kau..

disebabkan sekarang dia dah pergi jauh dan langsung tak toleh ke arah aku, 
aku jadi lemah dengan cara dia layan aku begini.
kenapalah benda yang macam yang harus jadi.
kan lebih baik kita tak jumpa langsung kalau macam ni.

kadang kadang aku tertanya-tanya.
betulkah kau yang kata begitu tempoh hari?
atau selama hari ini aku cuma mimpi yang kita pernah rapat seperti sebelum ini?
betulkah kau yang kata begitu pada malam tu??
atau ada orang lain yang dah hack kau dan cakap macam tu kat aku?
kalau betullah begitu, jadi aku lah yang paling gembira sekali.
sebab kalau begitu, jadinya yang sebenarnya kau belum pergi lagi.
#berharapsekalilagi

MASIH BEGITU

hidup ni akan lebih ceria bila apa yang kau hendak, kau akan dapat dengan petik jari sekali.
hidup ni lagi ceria bila dia yang kau suka, punya rasa yang sama dan ikhlas mengenali kau dengan seadanya.
hidup ini akan lebih ceria, bila dia yang kau sayang, tak pergi tinggalkan kau dengan sekelip mata.

masuk harini, rasanya dah letih aku dengan permainan minda dan hati.
kenapa tak boleh pergi jauh ingatan tentang dia?
kenapa aku mengharap akan tiba masanya nanti kau akan kembali?
sedangkan aku pun dah tahu dan pasti yang kali ini kau dah tamatkan permainan cinta acah acah paling sejati.
kau dah bahagia dengan hari kau sendiri...kau dah tinggalkan kenangan yang paling aku sayangi.

Aku tahu, memang nampak bodoh sebab masih dibelenggu kekecewaan begini.
padahal dia sekarang sikit pun langsung tak ambil peduli.
mungkin akan ketawa bila dia tahu yang aku masih lagi meratapi, mengingati.
tapi kisah apa? kau yang buat aku. lepastu kau langsung tak tanya apa aku rasa.

kalau lah macam ni lah pengakhiran yang kau beri, kenapalah aku pilih kau waktu itu?

maaf. aku sedang masih mencuba untuk lupakan kau dan lupakan segala gelak tawa, cerita ceria.
maafkan kalau sehingga harini masih tertanya kenapa mesti aku yang kau sakiti?
kan lebih baik kau bagitahu dari awal lagi yang kau akan tinggalkan aku begini. tak lah aku rasa down gila macam ni.

selamat malam.

TODAY

on a day like today, when i have nothing to do. i end up missing you.
i'm sick of it..stalk instagram, your facebook.

i hate seeing your name on my phone, but i can't call you.
i hate seeing you facebook and instagram, it's hard for me to see you with her because i still remember our moments!
i hate seeing you in love with someone right now.
i hate that we haven't talked like before.
i hate a lot about this situations!
but you know what i like?

it's YOU!

12/12/13

Setelah puas berfikir sendiri, diam sendiri dan mengingati.
so aku decide untuk hiburkan dengan busy kan diri.
bukan nak jauhkan diri, tapi untuk terus yakin yang kau bukan diciptakan untuk aku untuk sampai ke akhir nanti.
walau macam mana aku kata aku akan lebih bahagia bila dia ada bersama,
sama ada nak atau tak nak aku kena percaya yang dia memang datang untuk pinjaman seketika.
dia datang dalam hidup sebagai kenangan dan itu yang aku kena akur dan terima dengan hati yang terbuka.

aku tak boleh nak undurkan masa.
sebab semuanya dah memang dirancang oleh yang Maha Berkuasa sejak dari mula.
tak ada apa lagi yang mampu aku buat sebab semuanya telah jelas nyata yang kau memang bukan untuk aku sejak dari mula.
terima kasih untuk kenangan.
terima kasih untuk pengajaran.
tapi aku minta cuma satu,
jangan kau buat aku macam tunggul kayu.
aku ada perasaan dan aku harap kau tahu yang kau pernah mainkan satu perasaan yang terlalu menaruh harapan.

Semoga

doa aku semoga suatu hari nanti, 
aku dapat capai apa yang aku hajati,
aku mampu gapai impian yang aku idamkan selama ini.
aku mahu senang dan sentiasa disayangi
kalau nak diungkapkan satu persatu apa yang aku mahu,
sampai subuh nanti pun belum tentu tamat cerita pasal itu.
sebab terlampau banyak yang aku paling hendak. 
dan kalau boleh, setiap apa yang terjadi dalam hidup aku, 
aku nak jadinya segalanya dengan sempurna. 
aku mahu suka, dan taknak duka.
mahu bangun, dan taknak rebah.
mahu segala-galanya nampak sempurna di depan mata.

tapi tak boleh sebab bukan kau yang tulis nasib kau sendiri.
bukan kau yang minta untuk sedih dalam hari kau sendiri.
kau kena ingat tu wahai makhluk illahi.
Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kau untuk hari yang mendatang nanti.

Doa. Usaha. Tawakal. Redha.

dan untuk dia yang masih diingati.
semoga awak bahagia meniti hari.
melihat awak tersenyum dan ketawa,
dari jauh telah saya simpankan sejuta kata-kata,
semoga suatu hari nanti kita dapat bertegur sapa kembali..


Aku

"Sometimes the Hardest things and the Right things are the same"

Aku mohon pada diri aku sendiri. 
hapuskanlah perasaan ini.
bergembira lah kerana kau takkan ditipu lagi.
anggap dia pergi kerana kau yang minta untuk pergi.
janganlah dibelenggu kekecewaan begini.
sebab kalau kau fikir 100 kali pun kau takkan dapat jawapan kenapa kau yang mesti kena semua ni.

Terima kasih untuk segalanya yang pernah kau bagi.
untuk setiap kata-kata yang buat aku tersenyum ketawa dan gembira.
untuk setiap kenangan disaat bersama.
untuk pernah menjadi peneman dikala suka dan duka.

selagi kau tetap disitu,
aku akan tetap disini.
mencuba untuk lupakan apa yang terjadi..




Tanda Tanya

jujur? ya, aku masih suka. 
rindu? bagai nak gila.
sakit? setiap kali teringat apa yang dia pernah kata.
tunggu? hmm,,,entah mungkin masih berharap yang ini semua gurauan dan nanti dia akan datang dan cakap "saja nak tengok awak macam mana" 
mustahil? yaa. sangat mustahil dan takkan terjadi.
habis kenapa kau harap? habis kau ingat senang nak lupa dalam sekelip mata dalam masa yang sama kau akan jumpa dia walaupun secara tak sengaja..setiap malam kau akan baca conversation kau dan dia. 
letih? sangat..bila kau sendiri sedar yang kau buat satu benda yang sia-sia dan takkan ada penghujungnya..bodoh itu selalu bila terkadang kau teringat dia dan pejam mata dengan niat untuk lupakan dia. tapi masih wajah yang itu jugak yang muncul. dengan senyuman dia. dengan pandangan dia.. 

perkuatkanlah diri kau sebolehnya..
muhasabahlah diri seboleh-bolehnya.
jadikan ini yang terakhir kali dan jangan terjumpa orang seperti itu lagi.
sebab sedihnya kau yang alami.

sekelip mata dia pergi dan sekarang dia langsung tak peduli.
betul ke kau yang buat begini??

Semalam

"hai awak, semalam saya nampak awak dan harini saya dengar nama awak. semalam kita pakai baju sama warna. UNGU"

tapi kenapa kita tak saling tegur, senyum, lambai, berjumpa bersembang bergelak? kenapa yaa? kenapa macam tu? kenapa awak tak text saya tanya nak pergi mana? kenapa tak tanya khabar saya?

ohh yaa.. kita dah takkan macam yang dulu. Mungkin awak lupa yang kita pernah berjenaka bersama, mungkin awak lupa dulu awak pernah pura pura sayang saya. Hebat lah lakonan awak yang mantap tu..boleh dapat award pelakon lelaki terhebat! mesti awak akan kata "Fool you, you're being fooled for a few months"

takpelah, dia dah jauh pergi tinggalkan kau pun.. nak fikir berulang kali pasal ni pun kau yang menambah sakit di hati lagi. lepaskan lah pergi. sebab apa yang kau masih tunggu sekarang ni dah takkan terjadi. sebab kau dah kena tipu dengan padat dan padu sekali.cukuplahhhh..

lupakan...lupakann...abaikan....abaikan....

begitulah cara aku memperkuatkan diri ini setiap hari.

Dear Heart

Dear my love, Heart.

please. don't be like this. ILOVEYOUSOMUCH!
tolong jaga diri.
tolong moving on. 
tolong bergerak sekarang ni.
tolong jangan jadi macam ni, please.

my love, Heart.

kadang-kadang memang lah sakit. tapi nak taknak kau kena sedar benda dah pun jadi. 
kau tak payahlah fikirkan lagi. 
kalau pejam mata untuk rehatkan diri tapi wajah dia yang muncul pun kau buatlah tak peduli. cuma perlu pejam mata lagi sampai kau dah lena dengan mimpi. 
bila minda yang tak habis-habis putarkan masa saat bersama dia, kau sabarlah, hati. 
cuma kau. cuma kau yang boleh lakukan semua ni. 
aku bergantung pada kau kali ni, wahai hati. sebab kalau kau tak buang segala perasaan ini, selagi itu aku akan 'stuck' di sini dan dia bahagia indah dengan kehidupan dia sendiri. 
yang kau nak sedih sangat kenapa ni? dah aku ulangi beratus kali 'benda dah jadi'.. 
tak payah lah diungkitkan lagi. kau nak ubah apa pun dah tak mampu lagi. 
yang bolehnya kau terima setiap apa yang terjadi dengan harapan suatu hari kau akan kuat segagah yang kau ingini. 

tolong jangan begini. 
lepaskan lah apa yang terjadi.

hah! jangan cakap aku tak cuba, aku dah pun cuba. sejak awal lagi terjadi perkara sebegini. tapi gagal.



Turn Back Time For a While

please turn back time for a while 

kalau aku diberi peluang pusingkan masa. 
aku akan rakam setiap perbualan aku dan dia, tangkap gambar setiap kali bersama.
rakam setiap gerak geri senyuman raut wajah dia, 
supaya nanti bila tiba waktu dia ingin pergi.
aku sudah punya kenangan yang teperinci tentang kisah kami.
bila aku jadi rindu, aku boleh lihat rakaman yang aku rakam waktu bersama dia, 
dan mungkin dengan cara itu aku akan dapat rasa yang dia masih ada dengan aku lagi..

please turn back time for a while !

sepatutnya sekarang kita masih bergurau senda, bertegur sapa, saling berkongsi cerita.
sepatutnya begitu! tapi kenapa begini?
kenapa kau pergi? dan kenapa kau buat semua ni?
aku tahu semua yang terjadi bukan yang kita minta sendiri. 
tapi aku pasti kau ada sebab mengapa aku yang kena semua ni...




Honestly

i ache thinking about you all time. 
i want you back. i miss our conversation. i always said that i will forget you. but now, i admit that i really can't forget everthing about us. i'm sorry. 
keep reading our old conversation. i miss you so much, Z. 
i miss all about you.
how can you forget everything in a second...

just so you know, i still got our picture!
your message, and anything that reminds me of you
i miss knowing what you were doing.
i really wish things didn't end so soon.

but it won't happen because you already have someone else right now.
can you explain why you go?

and now, i just hope one day i'll get to talk to you again.

i still remember his smile :')

still remember? this is for you...

Kata Hati

Setiap hari, aku cuba berfikir dan pujuk diri sendiri,
Bila bangun pagi, cakap dalam hati "mungkin hari ini lah hari yang aku nanti, mungkin hari ni kau lah yang paling happy, mungkin harini ingatan tentang itu akan hilang sekelip mata sepertimana yang kau ingini"
Berharap..berharap setiap kata-kata menjadi kenyataan.
Berharap benarlah apa yang hati kecil ini kata.

tunggu.....tungguuu....terus tunggu....
tetap sama..buat letih menunggu...
sampai aku jadi buntu..

tetap sama..
masih pura pura gembira tahap gila, gelak sakan dengan mereka.
tapi bila kau berpaling dan sendiri, apa yang kau fikir? kau fikir tentang "dia" yang  sekarang ni bahagia mencintai. 'Apa yang dia buat sekarang?' 'dah lupa ke dia pada aku?' 'bahagia macam mana dia sekarang?' 'kenapa langsung tak tanya khabar aku?' duduk sendiri, apa yang kau dapat? sakit hati.

bukan ke sepatutnya aku dah tak perlu fikir pasal ini lagi?
bukan ke sepatutnya aku dah ada hidup aku sendiri yang bahagia meniti hari?
yaaa.. tapi sekarang aku dah stuck dengan kenangan yang dia cipta.
kenangan yang kononnya paling awesome yang aku ada.
dia? sekarang sedang bahagia bersama si dia yang dia suka.

jujur, pertemuan kau dan aku tadi buat aku jadi rindu. walaupun kita secara kebetulan, cukup buat aku hati aku makin sayu. cukup buat aku pendam satu rasa yang tak dapat aku cerita kepada sesiapa. kita sepatutnya bergelak ketawa bersama. sepatutnya saling bergurau senda. tapi sayangnya, kau anggap yang kita tak pernah bersua muka. yang kita tak pernah keluar bergelak bersama. jujur, kau tak fikir apa orang rasa..macam tu mudahnya kau lupa segala-galanya? sampai hati kau..