Welcome To My Blog

Welcome To My Blog

Bye November. Hye December

Selamat Tinggal kenangan yang masih disimpan di dalam kotak ingatan.
Selamat Tinggal peristiwa yang paling tak mudah aku lupakan.
Selamat Tinggal 'crush' yang aku paling puji setiap masa pada suatu ketika dulu..

kau pandai mengusik, kau pandai mengambil hati, kauu pandai berjenaka, kau pandai berkata-kata.
TAHNIAH! SYABAS! dari atas sampai kebawah kau lah yang paling hebat bagi aku.

semoga kenangan di bulan November ini dapat aku campak paling jauh sekali dan berharap takkan datang kembali kenangan yang paling bodoh ini. cukuplah dengan apa yang terjadi ni dah buat aku jadi semak dan ralat dengan perkara yang remeh macam ni. Mungkin aku nampak bodoh sebab masih teringatkan kau yang sekarang dah bahagia mencintai. sedangkan aku masih sabar duduk menyendiri dan mengingati setiap inci kenangan yang kau cipta. setiap kata-kata manis yang kau beri.

Berharap bulan December ini aku akan terus bertahan dengan segala yang bakal terjadi,
Berharap di bulan ini aku yang paling bahagia menunggu tahun 2014 yang akan datang tak lama lagi.
Berharap di bulan ini aku dapat campak ludah kenangan yang kau beri ini 100% dari ingatan aku ini.

Semoga kau bahagia mencintai. dan Semoga aku dapat lupakan kau dengan seikhlas hati.

Goodbye Z.



#THROWBACK

Sekilas aku teringat, beberapa bulan yang lalu aku rasa dalam ramai ramai manusia aku lah yang paling bertuah dapat kenal dia. Hari aku lah yang paling terindah sebab masa tu aku cuma tahu yang hidup aku betul betul gembira dan seboleh-bolehnya aku nak kekal masa tu seperti itu..tetap disitu. sumpah Gembira!

Sikit pun tak pernah terlintas difikiran yang aku akan ditipu dan dipermainkan.
Sikit pun aku tak pernah duga sekejam ini aku dipergunakan.

Aku tahu sepatutnya sekarang aku dah bergembira dengan dunia aku sendiri. apa yang aku ada sekarang sudah memadai dan mencukupi. tapi bukan aku yang pilih untuk jadi begini. perasaan ni yang datang sendiri.
kalau aku mampu berhadapan dengan dia, kalau boleh mulut aku lantang dalam berkata-kata, aku akan paksa dia untuk jujur dengan aku apa sebenarnya yang dia mahu.

kenapa mesti aku yang jadi mangsa kau wahai lelaki?
kenapa mesti aku yang ditipu bertubi-tubi?
kenapa kau pergi dalam keadaan yang aku tak jangka kau akan pergi.

aku cuba untuk tutup segala luka pedih duka dan sekelumit rasa yang masih berbaki dengan senyuman aku yang acah acah manis ini dengan ikhlas sepenuh hati agar cubaan aku untuk damaikan hati yang kian berkocak ini berjaya membuatkan hidup aku indah seperti selalu.

i know it would happen....

i know it would happen but i never thought this soon.

kau beri harapan setinggi langit,
kau lambung aku melangit sampai aku tak jejak tanah,
kau cakap kau sayang,
lepas tu kau tinggal,
bila ditanya mengapa jawapan yang diberi makin buat aku terasa.

untuk apa lagi mengingati sedangkan benda tu dah lama terjadi.
"tak, aku rasa macam baru semalam benda ni jadi" bila ditanya jawapan itu yang kau beri.
kau nak sedih kenapa lagi ni? cukuplah dengan apa yang terjadi. aku terlampau riak dan gembira mungkin sebab itu dia harus pergi dari hidup aku ni.
aku terlampau yakin dengan setiap yang berlaku sebelum tu mungkin sebab tu aku masih tak berpuas hati dengan apa yang aku alami. sedangkan aku tahu semua yang terjadi bukan aku yang tulis sendiri.

aku nak bangkit semula, jadi seperti yang dulu kala. bahagia dengan apa yang aku ada.
tak perlu percaya dengan kata-kata orang seperti dia.
nota buat diri sendiri. harap ini yang terakhir kali, jangan terpaut dengan orang sebegitu lagi. jagalah diri. jangan dimalukan untuk yang kesekian kali. semoga kau terus tersenyum meniti hari :)

"jangan salahkan orang lain terhadap harapan yang diberikan, salahkan diri sendiri kerana terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap harapan tersebut"

IT'S OVER

kalau boleh aku pusingkan masa. aku akan cuba betulkan apa yang terjadi.
kalau aku tahu macam ni pengakhiran yang kau beri, takkan aku beri kepercayaan tu dengan sepenuh hati.
kalau aku dapat torehkan hati aku ni, akan aku beri sedikit dari rasa yang kau beri ni kepada kau supaya kau dapat rasa at least suku dari apa yang alami.
seronok gamaknya malukan aku sampai begini? seronok gamaknya jatuhkan maruah orang yang begini? apa yang kau rasa sebenarnya ni? masalah apa yang kau alami sampai aku jadi mangsa permainan kau ni?
aku tak nak marah, tapi perasaan tu yang datang sendiri bila diingat apa yang terjadi.
aku tak nak ingat tapi setiap kali menyendiri ingatan tu yang datang menjenguk sendiri.
kalau boleh aku ubah apa yang terjadi, mesti aku yang paling gembira sekali.
banyak sangat kalau dalam hidup aku ni. entah sampai bila aku nak hidup dalam angan-angan sendiri.
aku tahu takda kesudahan kalau terus begini. tapi aku sedang mencuba bangkit dan jadi seperti yang sepatutnya aku jadi. cukup  lah dengan apa yang aku ada sekarang. aku cuba bangkit setelah dijatuhkan oleh dia dengan berlipat kali.

tapi aku cuba berfikir mungkin dah dirancang untuk jadi begini. mungkin kau ada sebab mengapa aku yang mesti alami benda ni. atau dari sudut positif, mungkin juga kau tak sengaja barangkali....Tahniah di atas kemenangan kau, terima atas kenangan indah yang kau pernah bagi.. aku jaga kenangan yang ada ni sebagai ingatan di kemudian hari. selamat malam.