Selamat Tahun Baru sang empunya diri,
Selamat Tahun Baru wahai yang tak dikenali.
Selamat Tahun Baru sahabat handal samada jauh atau dekat tak kira apa juga selalu berada di sisi.
semalam malam tahun baru yang hambar. duduk pasif di kediaman sendiri berfikir sejenak mengenang 19 tahun aku hidup walaupun masih muda dan mentah dalam mengenali dunia ini, tapi aku masih bersyukur kerana dalam usia yang sebegini aku sudah melalui pelbagai jerih perih dugaan sebagai seorang yang bergelar "remaja".
terima kasih ya Allah kerana diberi peluang untuk merasai nikmat dunia yang sementara ini.
terima kasih ya Allah kerana masih diberi kesempatan sihat tubuh badan akal yang waras serta mampu tersenyum ketawa dalam meniti hari.
buat keluarga yang paling aku sayangi, terima kasih untuk segalanya yang pernah diberi. kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi..
buat sahabat dan kawan kawan sama ada jauh atau dekat terima kasih sebab sehingga sekarang kita masih bergelar kawan sama ada rapat atau tidak kita tetap akan berkawan dan berharap agar persahabatan ini akan kekal hingga ke akhirnya.
buat dia yang masih berada dalam kotak ingatan ini, terima kasih kerana sudi hadir dalam cerita hidup saya dan menghiasi setiap bab episod kisah hidup saya dari mula kita berkenalan hingga kita saling tidak bertegur sapa. semoga awak bahagia dengan hidup awak selamanya. dan saya berharap saya juga akan bahagia seperti awak. terima kasih :))
No comments:
Post a Comment