Welcome To My Blog

Welcome To My Blog

my last goodbye

we had a lot of fun when we were together
i won't forget but i will remember
the laughs that we shared
the smiles that we had
it didn't fade from my mind
but it kept on rewind

i know you've moved on
and found someone better
but i got to admit i still wish for you

this isn't good for me
i really need to stop
but the memories kept on playing my mind
and there it went wrong

so as i say my last goodbye
i hope you will be alright
and i'm trying my best to learn to just let go.



untuk Aku

tolong hapuskan semua perasaan ini secepat mungkin.
tolongg hapuskan semua kenangan yang paling aku sayang dengan sepantas yang mungkin.
tolong perlihara diri ini dengan sebaik mungkin agar tak terfikir mengenai dia lagi.
tolong buang ingatan ini ke tepi dan jangan diingatkan lagi.
tolongggg....
monolog dalaman

duduk di penjuru katil. diam memerhati.
baring. tarik selimut pusing kiri pusing kanan.
habis semua game aku dah khatam dalam handphone ni.
nak tengok gambar dia, nanti perasaan sedih ni yang datang lagi.
tak sanggup nak layan perasaan sendiri. 

bagaimana lagi nak tolong kalau kau sendiri yang taknak bergerak langsung ni?
aku dah bergerak ni. kau tak nampak ke? aku dah nak tinggalkan apa yang aku harapkan ni.
sebab aku tau takkan terjadinya lagi perkara yang aku inginkan itu sebab dia dah tak ada untuk aku cerita apa yang aku rasa. aku nak cerita tapi dia takkan ada di situ. sebab sekarang antara aku dan dia dah takkan timbul kisah cerita tentang kita. kenangan semua dah mati. rindu pun dan tak mampu nak bayangkan lagi. nak fikir apa yang dah jadi dah penat berulang kali aku terasa sendiri. pendam sendiri.

someday



setiap hari aku berharap agar suatu hari nanti dia akan tahu macam mana aku rasa. dan baca semua yang aku tulis tentang dia ni tanpa mengetahui bahawa aku yang menulisnya. dia tak boleh tahu coretan ini semua dari aku sebab aku tak berani jamin yang aku sanggup dengar ayat yang akan keluar dari mulut dia..mungkin akan menyakitkan lagi..sebab bila aku rindu, ini yang aku mampu buat untuk hilangkan segala rasa perasaan yang bersisa ni. cerita pasal ni sepatutnya dah basi dan tak perlu diperkatakan lagi. tapi kalau dah rasa macam ni baru kali pertama kau rasai. bolehkah kau lupakan semudah kau petik hari sekali? bolehkah kau pergi bergerak sendiri tanpa mengingati? duduk diam menyendiri dan tetap mengingati

rindu

setelah mengenangkan beberapa bulan yang lalu aku dah buang masa aku dengan melayan angau yang entah apa apa. 
dan sehingga sekarang aku masih tak dapat lupakan dia. 
dan walau macam mana sekalipun aku cuba sedaya dan upaya aku untuk pura pura tak pernah ada perasaan untuk dia.
aku tetap di paras yang sama. di tahap sama. sedih itu selalu. bodoh pun sama.

aku dah cuba hiburkan hati dengan cara tersendiri. tapi kenapa setiap kali aku berhenti aku akan stuck dengan kenangan yang pernah terjadi antara kami.
aku rindu kau. aku rindu kau untuk aku dengar gelak tawa cerita tentang kau..

disebabkan sekarang dia dah pergi jauh dan langsung tak toleh ke arah aku, 
aku jadi lemah dengan cara dia layan aku begini.
kenapalah benda yang macam yang harus jadi.
kan lebih baik kita tak jumpa langsung kalau macam ni.

kadang kadang aku tertanya-tanya.
betulkah kau yang kata begitu tempoh hari?
atau selama hari ini aku cuma mimpi yang kita pernah rapat seperti sebelum ini?
betulkah kau yang kata begitu pada malam tu??
atau ada orang lain yang dah hack kau dan cakap macam tu kat aku?
kalau betullah begitu, jadi aku lah yang paling gembira sekali.
sebab kalau begitu, jadinya yang sebenarnya kau belum pergi lagi.
#berharapsekalilagi

MASIH BEGITU

hidup ni akan lebih ceria bila apa yang kau hendak, kau akan dapat dengan petik jari sekali.
hidup ni lagi ceria bila dia yang kau suka, punya rasa yang sama dan ikhlas mengenali kau dengan seadanya.
hidup ini akan lebih ceria, bila dia yang kau sayang, tak pergi tinggalkan kau dengan sekelip mata.

masuk harini, rasanya dah letih aku dengan permainan minda dan hati.
kenapa tak boleh pergi jauh ingatan tentang dia?
kenapa aku mengharap akan tiba masanya nanti kau akan kembali?
sedangkan aku pun dah tahu dan pasti yang kali ini kau dah tamatkan permainan cinta acah acah paling sejati.
kau dah bahagia dengan hari kau sendiri...kau dah tinggalkan kenangan yang paling aku sayangi.

Aku tahu, memang nampak bodoh sebab masih dibelenggu kekecewaan begini.
padahal dia sekarang sikit pun langsung tak ambil peduli.
mungkin akan ketawa bila dia tahu yang aku masih lagi meratapi, mengingati.
tapi kisah apa? kau yang buat aku. lepastu kau langsung tak tanya apa aku rasa.

kalau lah macam ni lah pengakhiran yang kau beri, kenapalah aku pilih kau waktu itu?

maaf. aku sedang masih mencuba untuk lupakan kau dan lupakan segala gelak tawa, cerita ceria.
maafkan kalau sehingga harini masih tertanya kenapa mesti aku yang kau sakiti?
kan lebih baik kau bagitahu dari awal lagi yang kau akan tinggalkan aku begini. tak lah aku rasa down gila macam ni.

selamat malam.

TODAY

on a day like today, when i have nothing to do. i end up missing you.
i'm sick of it..stalk instagram, your facebook.

i hate seeing your name on my phone, but i can't call you.
i hate seeing you facebook and instagram, it's hard for me to see you with her because i still remember our moments!
i hate seeing you in love with someone right now.
i hate that we haven't talked like before.
i hate a lot about this situations!
but you know what i like?

it's YOU!

12/12/13

Setelah puas berfikir sendiri, diam sendiri dan mengingati.
so aku decide untuk hiburkan dengan busy kan diri.
bukan nak jauhkan diri, tapi untuk terus yakin yang kau bukan diciptakan untuk aku untuk sampai ke akhir nanti.
walau macam mana aku kata aku akan lebih bahagia bila dia ada bersama,
sama ada nak atau tak nak aku kena percaya yang dia memang datang untuk pinjaman seketika.
dia datang dalam hidup sebagai kenangan dan itu yang aku kena akur dan terima dengan hati yang terbuka.

aku tak boleh nak undurkan masa.
sebab semuanya dah memang dirancang oleh yang Maha Berkuasa sejak dari mula.
tak ada apa lagi yang mampu aku buat sebab semuanya telah jelas nyata yang kau memang bukan untuk aku sejak dari mula.
terima kasih untuk kenangan.
terima kasih untuk pengajaran.
tapi aku minta cuma satu,
jangan kau buat aku macam tunggul kayu.
aku ada perasaan dan aku harap kau tahu yang kau pernah mainkan satu perasaan yang terlalu menaruh harapan.

Semoga

doa aku semoga suatu hari nanti, 
aku dapat capai apa yang aku hajati,
aku mampu gapai impian yang aku idamkan selama ini.
aku mahu senang dan sentiasa disayangi
kalau nak diungkapkan satu persatu apa yang aku mahu,
sampai subuh nanti pun belum tentu tamat cerita pasal itu.
sebab terlampau banyak yang aku paling hendak. 
dan kalau boleh, setiap apa yang terjadi dalam hidup aku, 
aku nak jadinya segalanya dengan sempurna. 
aku mahu suka, dan taknak duka.
mahu bangun, dan taknak rebah.
mahu segala-galanya nampak sempurna di depan mata.

tapi tak boleh sebab bukan kau yang tulis nasib kau sendiri.
bukan kau yang minta untuk sedih dalam hari kau sendiri.
kau kena ingat tu wahai makhluk illahi.
Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kau untuk hari yang mendatang nanti.

Doa. Usaha. Tawakal. Redha.

dan untuk dia yang masih diingati.
semoga awak bahagia meniti hari.
melihat awak tersenyum dan ketawa,
dari jauh telah saya simpankan sejuta kata-kata,
semoga suatu hari nanti kita dapat bertegur sapa kembali..


Aku

"Sometimes the Hardest things and the Right things are the same"

Aku mohon pada diri aku sendiri. 
hapuskanlah perasaan ini.
bergembira lah kerana kau takkan ditipu lagi.
anggap dia pergi kerana kau yang minta untuk pergi.
janganlah dibelenggu kekecewaan begini.
sebab kalau kau fikir 100 kali pun kau takkan dapat jawapan kenapa kau yang mesti kena semua ni.

Terima kasih untuk segalanya yang pernah kau bagi.
untuk setiap kata-kata yang buat aku tersenyum ketawa dan gembira.
untuk setiap kenangan disaat bersama.
untuk pernah menjadi peneman dikala suka dan duka.

selagi kau tetap disitu,
aku akan tetap disini.
mencuba untuk lupakan apa yang terjadi..




Tanda Tanya

jujur? ya, aku masih suka. 
rindu? bagai nak gila.
sakit? setiap kali teringat apa yang dia pernah kata.
tunggu? hmm,,,entah mungkin masih berharap yang ini semua gurauan dan nanti dia akan datang dan cakap "saja nak tengok awak macam mana" 
mustahil? yaa. sangat mustahil dan takkan terjadi.
habis kenapa kau harap? habis kau ingat senang nak lupa dalam sekelip mata dalam masa yang sama kau akan jumpa dia walaupun secara tak sengaja..setiap malam kau akan baca conversation kau dan dia. 
letih? sangat..bila kau sendiri sedar yang kau buat satu benda yang sia-sia dan takkan ada penghujungnya..bodoh itu selalu bila terkadang kau teringat dia dan pejam mata dengan niat untuk lupakan dia. tapi masih wajah yang itu jugak yang muncul. dengan senyuman dia. dengan pandangan dia.. 

perkuatkanlah diri kau sebolehnya..
muhasabahlah diri seboleh-bolehnya.
jadikan ini yang terakhir kali dan jangan terjumpa orang seperti itu lagi.
sebab sedihnya kau yang alami.

sekelip mata dia pergi dan sekarang dia langsung tak peduli.
betul ke kau yang buat begini??

Semalam

"hai awak, semalam saya nampak awak dan harini saya dengar nama awak. semalam kita pakai baju sama warna. UNGU"

tapi kenapa kita tak saling tegur, senyum, lambai, berjumpa bersembang bergelak? kenapa yaa? kenapa macam tu? kenapa awak tak text saya tanya nak pergi mana? kenapa tak tanya khabar saya?

ohh yaa.. kita dah takkan macam yang dulu. Mungkin awak lupa yang kita pernah berjenaka bersama, mungkin awak lupa dulu awak pernah pura pura sayang saya. Hebat lah lakonan awak yang mantap tu..boleh dapat award pelakon lelaki terhebat! mesti awak akan kata "Fool you, you're being fooled for a few months"

takpelah, dia dah jauh pergi tinggalkan kau pun.. nak fikir berulang kali pasal ni pun kau yang menambah sakit di hati lagi. lepaskan lah pergi. sebab apa yang kau masih tunggu sekarang ni dah takkan terjadi. sebab kau dah kena tipu dengan padat dan padu sekali.cukuplahhhh..

lupakan...lupakann...abaikan....abaikan....

begitulah cara aku memperkuatkan diri ini setiap hari.

Dear Heart

Dear my love, Heart.

please. don't be like this. ILOVEYOUSOMUCH!
tolong jaga diri.
tolong moving on. 
tolong bergerak sekarang ni.
tolong jangan jadi macam ni, please.

my love, Heart.

kadang-kadang memang lah sakit. tapi nak taknak kau kena sedar benda dah pun jadi. 
kau tak payahlah fikirkan lagi. 
kalau pejam mata untuk rehatkan diri tapi wajah dia yang muncul pun kau buatlah tak peduli. cuma perlu pejam mata lagi sampai kau dah lena dengan mimpi. 
bila minda yang tak habis-habis putarkan masa saat bersama dia, kau sabarlah, hati. 
cuma kau. cuma kau yang boleh lakukan semua ni. 
aku bergantung pada kau kali ni, wahai hati. sebab kalau kau tak buang segala perasaan ini, selagi itu aku akan 'stuck' di sini dan dia bahagia indah dengan kehidupan dia sendiri. 
yang kau nak sedih sangat kenapa ni? dah aku ulangi beratus kali 'benda dah jadi'.. 
tak payah lah diungkitkan lagi. kau nak ubah apa pun dah tak mampu lagi. 
yang bolehnya kau terima setiap apa yang terjadi dengan harapan suatu hari kau akan kuat segagah yang kau ingini. 

tolong jangan begini. 
lepaskan lah apa yang terjadi.

hah! jangan cakap aku tak cuba, aku dah pun cuba. sejak awal lagi terjadi perkara sebegini. tapi gagal.



Turn Back Time For a While

please turn back time for a while 

kalau aku diberi peluang pusingkan masa. 
aku akan rakam setiap perbualan aku dan dia, tangkap gambar setiap kali bersama.
rakam setiap gerak geri senyuman raut wajah dia, 
supaya nanti bila tiba waktu dia ingin pergi.
aku sudah punya kenangan yang teperinci tentang kisah kami.
bila aku jadi rindu, aku boleh lihat rakaman yang aku rakam waktu bersama dia, 
dan mungkin dengan cara itu aku akan dapat rasa yang dia masih ada dengan aku lagi..

please turn back time for a while !

sepatutnya sekarang kita masih bergurau senda, bertegur sapa, saling berkongsi cerita.
sepatutnya begitu! tapi kenapa begini?
kenapa kau pergi? dan kenapa kau buat semua ni?
aku tahu semua yang terjadi bukan yang kita minta sendiri. 
tapi aku pasti kau ada sebab mengapa aku yang kena semua ni...




Honestly

i ache thinking about you all time. 
i want you back. i miss our conversation. i always said that i will forget you. but now, i admit that i really can't forget everthing about us. i'm sorry. 
keep reading our old conversation. i miss you so much, Z. 
i miss all about you.
how can you forget everything in a second...

just so you know, i still got our picture!
your message, and anything that reminds me of you
i miss knowing what you were doing.
i really wish things didn't end so soon.

but it won't happen because you already have someone else right now.
can you explain why you go?

and now, i just hope one day i'll get to talk to you again.

i still remember his smile :')

still remember? this is for you...

Kata Hati

Setiap hari, aku cuba berfikir dan pujuk diri sendiri,
Bila bangun pagi, cakap dalam hati "mungkin hari ini lah hari yang aku nanti, mungkin hari ni kau lah yang paling happy, mungkin harini ingatan tentang itu akan hilang sekelip mata sepertimana yang kau ingini"
Berharap..berharap setiap kata-kata menjadi kenyataan.
Berharap benarlah apa yang hati kecil ini kata.

tunggu.....tungguuu....terus tunggu....
tetap sama..buat letih menunggu...
sampai aku jadi buntu..

tetap sama..
masih pura pura gembira tahap gila, gelak sakan dengan mereka.
tapi bila kau berpaling dan sendiri, apa yang kau fikir? kau fikir tentang "dia" yang  sekarang ni bahagia mencintai. 'Apa yang dia buat sekarang?' 'dah lupa ke dia pada aku?' 'bahagia macam mana dia sekarang?' 'kenapa langsung tak tanya khabar aku?' duduk sendiri, apa yang kau dapat? sakit hati.

bukan ke sepatutnya aku dah tak perlu fikir pasal ini lagi?
bukan ke sepatutnya aku dah ada hidup aku sendiri yang bahagia meniti hari?
yaaa.. tapi sekarang aku dah stuck dengan kenangan yang dia cipta.
kenangan yang kononnya paling awesome yang aku ada.
dia? sekarang sedang bahagia bersama si dia yang dia suka.

jujur, pertemuan kau dan aku tadi buat aku jadi rindu. walaupun kita secara kebetulan, cukup buat aku hati aku makin sayu. cukup buat aku pendam satu rasa yang tak dapat aku cerita kepada sesiapa. kita sepatutnya bergelak ketawa bersama. sepatutnya saling bergurau senda. tapi sayangnya, kau anggap yang kita tak pernah bersua muka. yang kita tak pernah keluar bergelak bersama. jujur, kau tak fikir apa orang rasa..macam tu mudahnya kau lupa segala-galanya? sampai hati kau..



Bye November. Hye December

Selamat Tinggal kenangan yang masih disimpan di dalam kotak ingatan.
Selamat Tinggal peristiwa yang paling tak mudah aku lupakan.
Selamat Tinggal 'crush' yang aku paling puji setiap masa pada suatu ketika dulu..

kau pandai mengusik, kau pandai mengambil hati, kauu pandai berjenaka, kau pandai berkata-kata.
TAHNIAH! SYABAS! dari atas sampai kebawah kau lah yang paling hebat bagi aku.

semoga kenangan di bulan November ini dapat aku campak paling jauh sekali dan berharap takkan datang kembali kenangan yang paling bodoh ini. cukuplah dengan apa yang terjadi ni dah buat aku jadi semak dan ralat dengan perkara yang remeh macam ni. Mungkin aku nampak bodoh sebab masih teringatkan kau yang sekarang dah bahagia mencintai. sedangkan aku masih sabar duduk menyendiri dan mengingati setiap inci kenangan yang kau cipta. setiap kata-kata manis yang kau beri.

Berharap bulan December ini aku akan terus bertahan dengan segala yang bakal terjadi,
Berharap di bulan ini aku yang paling bahagia menunggu tahun 2014 yang akan datang tak lama lagi.
Berharap di bulan ini aku dapat campak ludah kenangan yang kau beri ini 100% dari ingatan aku ini.

Semoga kau bahagia mencintai. dan Semoga aku dapat lupakan kau dengan seikhlas hati.

Goodbye Z.



#THROWBACK

Sekilas aku teringat, beberapa bulan yang lalu aku rasa dalam ramai ramai manusia aku lah yang paling bertuah dapat kenal dia. Hari aku lah yang paling terindah sebab masa tu aku cuma tahu yang hidup aku betul betul gembira dan seboleh-bolehnya aku nak kekal masa tu seperti itu..tetap disitu. sumpah Gembira!

Sikit pun tak pernah terlintas difikiran yang aku akan ditipu dan dipermainkan.
Sikit pun aku tak pernah duga sekejam ini aku dipergunakan.

Aku tahu sepatutnya sekarang aku dah bergembira dengan dunia aku sendiri. apa yang aku ada sekarang sudah memadai dan mencukupi. tapi bukan aku yang pilih untuk jadi begini. perasaan ni yang datang sendiri.
kalau aku mampu berhadapan dengan dia, kalau boleh mulut aku lantang dalam berkata-kata, aku akan paksa dia untuk jujur dengan aku apa sebenarnya yang dia mahu.

kenapa mesti aku yang jadi mangsa kau wahai lelaki?
kenapa mesti aku yang ditipu bertubi-tubi?
kenapa kau pergi dalam keadaan yang aku tak jangka kau akan pergi.

aku cuba untuk tutup segala luka pedih duka dan sekelumit rasa yang masih berbaki dengan senyuman aku yang acah acah manis ini dengan ikhlas sepenuh hati agar cubaan aku untuk damaikan hati yang kian berkocak ini berjaya membuatkan hidup aku indah seperti selalu.

i know it would happen....

i know it would happen but i never thought this soon.

kau beri harapan setinggi langit,
kau lambung aku melangit sampai aku tak jejak tanah,
kau cakap kau sayang,
lepas tu kau tinggal,
bila ditanya mengapa jawapan yang diberi makin buat aku terasa.

untuk apa lagi mengingati sedangkan benda tu dah lama terjadi.
"tak, aku rasa macam baru semalam benda ni jadi" bila ditanya jawapan itu yang kau beri.
kau nak sedih kenapa lagi ni? cukuplah dengan apa yang terjadi. aku terlampau riak dan gembira mungkin sebab itu dia harus pergi dari hidup aku ni.
aku terlampau yakin dengan setiap yang berlaku sebelum tu mungkin sebab tu aku masih tak berpuas hati dengan apa yang aku alami. sedangkan aku tahu semua yang terjadi bukan aku yang tulis sendiri.

aku nak bangkit semula, jadi seperti yang dulu kala. bahagia dengan apa yang aku ada.
tak perlu percaya dengan kata-kata orang seperti dia.
nota buat diri sendiri. harap ini yang terakhir kali, jangan terpaut dengan orang sebegitu lagi. jagalah diri. jangan dimalukan untuk yang kesekian kali. semoga kau terus tersenyum meniti hari :)

"jangan salahkan orang lain terhadap harapan yang diberikan, salahkan diri sendiri kerana terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap harapan tersebut"

IT'S OVER

kalau boleh aku pusingkan masa. aku akan cuba betulkan apa yang terjadi.
kalau aku tahu macam ni pengakhiran yang kau beri, takkan aku beri kepercayaan tu dengan sepenuh hati.
kalau aku dapat torehkan hati aku ni, akan aku beri sedikit dari rasa yang kau beri ni kepada kau supaya kau dapat rasa at least suku dari apa yang alami.
seronok gamaknya malukan aku sampai begini? seronok gamaknya jatuhkan maruah orang yang begini? apa yang kau rasa sebenarnya ni? masalah apa yang kau alami sampai aku jadi mangsa permainan kau ni?
aku tak nak marah, tapi perasaan tu yang datang sendiri bila diingat apa yang terjadi.
aku tak nak ingat tapi setiap kali menyendiri ingatan tu yang datang menjenguk sendiri.
kalau boleh aku ubah apa yang terjadi, mesti aku yang paling gembira sekali.
banyak sangat kalau dalam hidup aku ni. entah sampai bila aku nak hidup dalam angan-angan sendiri.
aku tahu takda kesudahan kalau terus begini. tapi aku sedang mencuba bangkit dan jadi seperti yang sepatutnya aku jadi. cukup  lah dengan apa yang aku ada sekarang. aku cuba bangkit setelah dijatuhkan oleh dia dengan berlipat kali.

tapi aku cuba berfikir mungkin dah dirancang untuk jadi begini. mungkin kau ada sebab mengapa aku yang mesti alami benda ni. atau dari sudut positif, mungkin juga kau tak sengaja barangkali....Tahniah di atas kemenangan kau, terima atas kenangan indah yang kau pernah bagi.. aku jaga kenangan yang ada ni sebagai ingatan di kemudian hari. selamat malam.

A Moment More

with every breath i take, with every heartbeat, i am always thinking of you :)
in my wake, breezing in my daydream, in my sleep and imagination, i am always thinking of you :)
it's so obvious, i needed love from you my dear :( only then i will feel....alive.... :p

my DEAR,
i really do love you,
because you give me meaning to my life. i will continue to love.
a moment more after ever-after.

in the moment of fear with all the struggles of life, i am grateful because you are here.
let it be that i lost all my wordly posessions as long as you're still here.
it is so obvious, i needed love from you my dear :( only then i will feel....alive..




PENDAMKAN RASA

Terima kasih sebab buat saya jatuh hati kat awakk.
Terima kasih sekali lagi sebab layanan awak yang buat saya rasa bahagia gila.
Terima kasih tak terhingga dekat awak sebab menjadi punca saya jadi kuat berangan.

satu yang saya pasti tapi rupanya awak cuma  main main waktu tu. Harap maafkan saya sebab sepanjang kita saling bertegur sapa, saya rasa perasaan kita sama. rupanya saya yang silap. maaf. untuk kesekian kalinya.

Terima kasih banyak-banyak sebab libatkan perasaan saya.
Harapan.
betul lah orang kata jangan percaya sangat, tapi semua ni salah saya.. saya yang salah...sorry for being stupid for few month. menyesal tu tak ada langsung. serious.. tak pernah menyesal dengan apa yang dah jadi. cuma kecewa tu..kecewa tu sangat.. bila apa yang kita harapakan menjadi. bila apa yang kita yakin gila, last last sekelip mata semuanya tak hancur. boleh bayang tak macam mana perasaan waktu tu??benda ni tak penah jadi lagi.. ni firstime jadi.. sebab tu nampak macam dah serabut ni.. but still okay, try to pretend macam semuanya okay and tak rasa kesal punn..tapi dalam hati ni...hilang kata kata dah lepas dah luahkan harituu..sampai sekarang saya teringat lagii...diam yang mampu dilakukan buat masa ni.. tapii..saya nak sangat tahu..dalam banyak banyak orang. kenapa mesti awak? kenapa mesti awak hadir hanya sebagai HARAPAN??


Lately, he is all that i think about.

aku suka dia.

seriously, mula-mula aku rasa macam dia tu biasa biasa je. tapi sejak kebelakangan ni aku asyik teringat dia je. aku start suka kat dia bila dia mula tegur aku kat wechat. okay, aku ingat takda apa-apa dah. pastu dia ajak aku makan. aku dah rasa suka semacam dah. tapi aku takdelah betul betul suka lagi. just macam seronok jelah sebab dia cakap dia suka kacau aku, sebab dia suka tengok aku senyum..tapi bila malam tu, aku keluar makan dengan dia, dia belanja aku, dia sembang dengan aku, aku rasa aku betul betul suka kat dia. sangaatt! aku ingat lagi malam tu dia pakai baju warna purple. dia punya senyuman. manis sangatt. aku seronok sangatt sembang dengan dia. aku nak lagi waktu macam tuu. serius nak lagi!! keluar makan berdua jee. best sangat, walaupun time tu dia rush. aku cuma harapkan yang waktu tu bukan lah kali pertama dan kali yang terakhir aku dapat keluar dengan dia..okay, aku ingat lepas pada jumpa malam tu, kitorang dah takde benda yang nak sembang dah. pastu, yang paling aku terkejutnyee. malam tu aku teringat kat dia. tapi aku buat taktau jee. pastu tetiba pagi esok, lepas mandi aku tengok phone aku, pkul 6.57 pagi dia wish MORNING  kat wechat!! waktu aku terkejut sebab dia macam tau tau je aku teringat kat dia..hahha. aku balas macam biasa je..tapi serius cakap. aku harap sangat dapat keluar makan berdua dengan dia lagi..aku harap dia nak ajak aku makan lagii..huhu. 

ESOK

Esok nak balik SI dah. bye bye rumah. sehingga kita berjumpa lagi, huhuhu.