Welcome To My Blog

Welcome To My Blog

hello heartache

aku baru tahu something. something yang paling buat aku terasa hati. something yang aku tak boleh nak kawal lagi. something yang bagi aku sedih sekali.

tapi apa boleh buat.

kau kata kau dah buang satu rasa dengan semua yang berbaki ni. tapi sekarang apa dah jadi? apa yang kau rasa sebenarnya hati? jujur dengan diri kau sendiri. yang sebenarnya hati kau masih sayang dia lagi. kau cakap je kau tak nak dia tapi kalau setiap kali nama dia sebut kenapa kau sentap sangat

kadang kadang aku tak tahu. kenapa aku dipertemukan dengan dia. aku tak tahu kenapa masa tu dia yang aku pilih. sedangkan yang sebetulnya ada depan mata. tapi dia jugak yang aku mahu. dan kenapa dia tipu aku. kenapa sekarang dia langsung tak kisah apa yang aku rasa. sikit pun dia tak kisah apa aku rasa.

ya Allah, aku bersyukur sangat sebab waktu tu aku takda di tempat tu..jadinya aku tak perlu lihat semua itu. terima kasih ya Allah..

kalau ya pun awak bercinta dan tersangat bahagia. tak perlu awak  menayang depan saya untuk tunjuk awak lah paling bahagia. bahagia sungguh dengan dia. memang, dia langsung tak bersalah. tapi yang salahnya awak. puncanya awak. saya hormat apa awak rasa. awak tipu saya Z. jangan cakap kat semua orang yang awak tak pernah mulakan. dan saya juga tak pernah mulakan. jadinya bagaimana semua ni bermula? fikir lah balik. kalau saya boleh respect apa awak rasa, saya biarkan awak pergi walaupun jenuh berkali saya ditipu. saya tetap disini tanpa ada perasaan benci dan marah untuk awak. saya hormat segalanya. dan kalau benar pun awak tersangat gembira dan paling bahagia. makanya awak lah paling bertuah sebab walaupun dah puas menyakiti awak tetap disitu bahagia mencintai dan menyayangi. dan walaupun saya yang menjadi mangsa. awak tetap bahagia dan tak hormat apa saya rasa. sepatutnya awak fikir lah dulu. apa awak rasa kalau awak kat tempat saya?? saya tak marah sebab awak dah pergi. saya juga tak marah sebab dah ditipu sebab benda tu dah terjadi. tapi..perlu ke bawak dia yang awak puja ke tempat yang awak sendiri tahu memang saya akan ada disitu? untuk apa agaknya? untuk bagitau saya yang saya ni bodoh sebab suka awak? bodoh sebab biarkan diri diperbodohkan oleh awak? syukurlah sebab saya takda disitu pada masa tu. Allah dah aturkan segalanya dengan cukup sempurna..cukuplah menunjuk apa yang awak ada selama ni. cukuplah dengan apa yang saya dah kena. harap saya takkan bertemu awak dengan dia lagi.


Luahan hati part 2

kata orang "nak seribu daya, dah tak nak banyak lah alasannya" 
 
tapi aku bukan taknak.. aku dah cuba sedaya dan upaya dan sehingga sekarang pun masih mencuba, 
aku taknak fikir pasal kau. aku nak abaikan segala yang terjadi.
benda bodoh ni semua boleh berambus jauh jauh paling jauh sekali dalam ingatan aku ni.
penat nak fikir kenangan bersama.. memang lah tak payah fikir. 
tapi kalau ingatan tentang itu datang tak diundang. kau ingat kau boleh lari.
kalau boleh aku keluarkan otak ini. aku akan buang kenangan tentang cerita yang entah apa apa tu.
tapi tak. tak habis habis dengan mengingati aku ni. penat k penat! asyik aku yang teringat. sedih sendiri sedangkan kau bahagia menyayangi.

aku tak pasti apa yang tunggu sebenarnya. 
samada tunggu dia yang memang sah dah lama pergi 
atau tunggu orang lain datang hentak kepala aku banyak kali sampai aku hilang ingatan tentang dia. 
atau sebenarnya memang aku ni taknak berganjak langsung. 
tapi takkk. aku rasa aku dah moving forward.. cumaa tak boleh berhenti fikir tentang dia. okay itu ke move on nama dia? kau move on tapi masih berfikir mengenai itu? hidup lah kau dalam ingatan kau tu!.

1.29 a.m



Ya Allah, kuatkan aku.
aku tahu aku ada jalan cerita hidup aku sendiri.
aku tahu bukan aku yang tulis nasib hidup aku sendiri.
tapi aku pasti akan sampai masanya nanti.
insyaAllah aku akan capai apa yang aku hajati.

perasaan yang paling benci yang aku alami sekrang bila aku kena happy bagai nak gila dengan orang yang aku jumpa tapi bila aku sendiri ini yang aku rasa. kadang kadang aku rasa nak pergi satu tempat yang tak ada orang dan jerit setiap apa yang aku rasa ni dan dengan serta merta rasa ni akan hilang sekelip mata.

semoga aku akan bahagia macam kau sekarang.. tahniah untuk awak!

i'm done crying now.

letter to him

Hey , Hye ....
it's been days, weeks or months seen we last talked to each other ..

how are you ?
i wish everthing's okay ,
well. if you ask me, i'm fine ..
well, better it is ...

i've been thinking of you lately. i remember the time we spent together. our laughter. our tears.
EVERYTHING .
i remember the promises we made. i thought you said 'FOREVER' but 'FOREVER' turned to 'OVER'. i don't want to think of any reason why we fell apart. even if i had to. crying didn't help too. it only made things worse. deep inside, i know, only your presence can make it all go away. but destiny tore us apart .
what else can i do? time can heal the pain. i'm done crying boy.

look at me now. can you see my tears? NO! because i will always pretending that i don't even care when you're gone..even though it's really hurt me so much but don't worry. my feeling haven't changed a bit. i just became stronger. so ... Thank you ..you've been apart of my life .

i guess this is goodbye .
i'm letting you go .
GOODBYE. i'll always miss you so muchh!!

Memory

*tarik nafas dalam dalam.........................................lepas dengan perlahan..huh*

berdiri depan cermin, "kau dah okay dengan semua ini?"....diam sendiri.."aku okayy'' tapi jangan tanya tentang hal dia lagi.. sebab tak sanggup nak 'terfikir' lagi.

lumpuhkanlah ingatan ku tentang dia
hapuskan memoriku tentang dia
hilangkanlah ingatan jika itu tentang dia




sometimes



it tough when someone special starts to ignore you and its even tougher when you have to pretend that you don't mind..
and i will always pretend that everythings alright, because when everybody else thinks you're fine, sometimes you forget for a while that you're not.

2014

Selamat Tahun Baru sang empunya diri,
Selamat Tahun Baru wahai yang tak dikenali.
Selamat Tahun Baru sahabat handal samada jauh atau dekat tak kira apa juga selalu berada di sisi.

semalam malam tahun baru yang hambar. duduk pasif di kediaman sendiri berfikir sejenak mengenang 19 tahun aku hidup walaupun masih muda dan mentah dalam mengenali dunia ini, tapi aku masih bersyukur kerana dalam usia yang sebegini aku sudah melalui pelbagai jerih perih dugaan sebagai seorang yang bergelar "remaja".

terima kasih ya Allah kerana diberi peluang untuk merasai nikmat dunia yang sementara ini.
terima kasih ya Allah kerana masih diberi kesempatan sihat tubuh badan akal yang waras serta mampu tersenyum ketawa dalam meniti hari.

buat keluarga yang paling aku sayangi, terima kasih untuk segalanya yang pernah diberi. kasih sayang yang tak pernah berbelah bagi..
buat sahabat dan kawan kawan sama ada jauh atau dekat terima kasih sebab sehingga sekarang kita masih bergelar kawan sama ada rapat atau tidak kita tetap akan berkawan dan berharap agar persahabatan ini akan kekal hingga ke akhirnya.
buat dia yang masih berada dalam kotak ingatan ini, terima kasih kerana sudi hadir dalam cerita hidup saya dan menghiasi setiap bab episod kisah hidup saya dari mula kita berkenalan hingga kita saling tidak bertegur sapa. semoga awak bahagia dengan hidup awak selamanya. dan saya berharap saya juga akan bahagia seperti awak. terima kasih :))