Welcome To My Blog

Welcome To My Blog

Semoga

doa aku semoga suatu hari nanti, 
aku dapat capai apa yang aku hajati,
aku mampu gapai impian yang aku idamkan selama ini.
aku mahu senang dan sentiasa disayangi
kalau nak diungkapkan satu persatu apa yang aku mahu,
sampai subuh nanti pun belum tentu tamat cerita pasal itu.
sebab terlampau banyak yang aku paling hendak. 
dan kalau boleh, setiap apa yang terjadi dalam hidup aku, 
aku nak jadinya segalanya dengan sempurna. 
aku mahu suka, dan taknak duka.
mahu bangun, dan taknak rebah.
mahu segala-galanya nampak sempurna di depan mata.

tapi tak boleh sebab bukan kau yang tulis nasib kau sendiri.
bukan kau yang minta untuk sedih dalam hari kau sendiri.
kau kena ingat tu wahai makhluk illahi.
Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kau untuk hari yang mendatang nanti.

Doa. Usaha. Tawakal. Redha.

dan untuk dia yang masih diingati.
semoga awak bahagia meniti hari.
melihat awak tersenyum dan ketawa,
dari jauh telah saya simpankan sejuta kata-kata,
semoga suatu hari nanti kita dapat bertegur sapa kembali..


No comments:

Post a Comment