Welcome To My Blog

Welcome To My Blog

#THROWBACK

Sekilas aku teringat, beberapa bulan yang lalu aku rasa dalam ramai ramai manusia aku lah yang paling bertuah dapat kenal dia. Hari aku lah yang paling terindah sebab masa tu aku cuma tahu yang hidup aku betul betul gembira dan seboleh-bolehnya aku nak kekal masa tu seperti itu..tetap disitu. sumpah Gembira!

Sikit pun tak pernah terlintas difikiran yang aku akan ditipu dan dipermainkan.
Sikit pun aku tak pernah duga sekejam ini aku dipergunakan.

Aku tahu sepatutnya sekarang aku dah bergembira dengan dunia aku sendiri. apa yang aku ada sekarang sudah memadai dan mencukupi. tapi bukan aku yang pilih untuk jadi begini. perasaan ni yang datang sendiri.
kalau aku mampu berhadapan dengan dia, kalau boleh mulut aku lantang dalam berkata-kata, aku akan paksa dia untuk jujur dengan aku apa sebenarnya yang dia mahu.

kenapa mesti aku yang jadi mangsa kau wahai lelaki?
kenapa mesti aku yang ditipu bertubi-tubi?
kenapa kau pergi dalam keadaan yang aku tak jangka kau akan pergi.

aku cuba untuk tutup segala luka pedih duka dan sekelumit rasa yang masih berbaki dengan senyuman aku yang acah acah manis ini dengan ikhlas sepenuh hati agar cubaan aku untuk damaikan hati yang kian berkocak ini berjaya membuatkan hidup aku indah seperti selalu.

No comments:

Post a Comment